Masjid Jamek Kerteh, 28 April 2017 Tajuk: Solat Dhuha Waktu: 28 min selepas syuruk hingga matahari tegak. Waktu Afdal: masa antara 9 - 10 pagi Hikmah solat duha Mengikut keutamaan amalan… qada yg fardhu dulu, kerja amanah majikan dulu lebih wajib, cari masa yg sesuai untuk solat Dhuha Berpuasa 3 hari pada setiap bulan Menunaikan solat dhuha Menunaikan solat witir sebelum tidur Baginda SAW x pernah elak dr solat berjemaah Daripada Utsman bin 'Affan RA ia berkata; "Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa melaksanakan solat isyak berjamaah maka ia mendapatkan pahala solat setengah malam, dan barangsiapa melaksanakan solat isyak dan subuh dengan berjamaah maka ia mendapatkan pahala solat sepanjang malam." (HR Tirmizi No: 205) Status: Hadis Sahih Pengajaran: Solat yang dilaksanakan secara berjamaah akan diganjari balasan pahala yang berganda Seseorang yang melaksanakan solat isya berjemaah seolah-olah ia solat separuh dari malam Seseorang yang melaksanakan solat isya d...
Masjid Seksyen 3 Bandar Baru Bangi, 17 Mac 2017 Allah Subahanahu Wata'ala berfirman dalam surah Al-Imran ayat 130 tafsirnya: "Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu makan atau mengambil riba dengan berlipat-lipat ganda dan hendaklah kamu bertakwa kepada Allah supaya kamu berjaya" Allah Subahanahu Wata'ala berfirman dalam surah Al-Baqarah ayat 168 tafsirnya: "Wahai sekalian manusia makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik dan janganlah kamu ikut jejak langkah syaitan kerana sesungguhnya syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu" "Dari Abu Hurairah Radiallahu Anhu katanya, Rasulullah Sallahu Alaihi Wasalam bersabda: Riba itu mengandungi tujuh puluh macam dosa, yang paling ringan sekali umpama seorang lelaki yang menekahi (mengauli) ibunya sendiri" (Riwayat Al-Imam Ibni Majah) Riba walaupun redha (dipersetujui) antara parti peminjam dan pemberi adalah masih haram Harta riba atau faedah adalah harta yg x boleh dimilik...